Oct 13, 2012

Giveaway Syoknya Raya by Nurul Aini


Tarikh hari raya semua ingat,
Make up tersedia untuk berdandan,
Pagi ini sungguh bersemangat,
Pakaian cantik tersarung di badan.

Solat lima waktu janganlah lupa,
Itu adalah kewajipan semua,
Sekali sekala dapat berjumpa,
Saudara yang jauh berkumpul bersama.

Sudah cukup cukup sudah,
Cukuplah dengan kata kata nista,
Tidak kira tua ka muda,
Ampun dan maaf sesama dipinta.

Mari bersembang dengan si parrot,
Petah bercakap dan kuat makan,
Tibalah pula acara favourite,
Tangan ditadah, wang dihulurkan.

Jarang jarang dapat amik gambar dgn ibu :')
Nasib baik ada hari raya

164 hadiah disediakan :o Lai lai join~
Click banner okay

No comments:

Post a Comment